KUALA LUMPUR: Lebih 50 peratus tiket Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 telah habis dijual berbaki seminggu sebelum saingan perlumbaan berprestij itu kembali 'menggegar' Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 21 hingga 23 Okt ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif berkata jualan tiket yang sedikit perlahan sebelum ini bertambah baik sejak pelancaran edisi ke-23 GP Malaysia dan pengumuman pelumba negara Syarifuddin Azman atau lebih mesra disapa Damok menerima tiket 'wild card' bagi kelas Moto3.
Beliau berkata biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai sekali gus menyamai jumlah kehadiran sewaktu penganjuran terakhir GP Malaysia pada 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda.
"Kita jangka 170,000 penonton sama macam sasaran yang kita capai pada 2019 tetapi buat masa ini saya fikir agar sukar untuk mencapai sasaran... kami mempunyai baki seminggu untuk berusaha meningkatkan jualan tiket.
"Setakat ini dah makin dekat 170,000 cuma cabaran tahun ini adalah hujung minggu yang panjang, ramai orang akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman selain itu kerana pembubaran Parlimen dan penamaan calon akan datang yang mampu beri kesan," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Pada masa sama, Azhan Shafriman berkata harga tiket penerbangan yang tinggi dilihat menjadi faktor penghalang kehadiran peminat dari luar negara, selain ketiadaan juara dunia sembilan kali Valentino Rossi yang bersara pada musim lalu turut mempengaruhi pembelian tiket di kebanyakan litar termasuk SIC.
"Tanpa Rossi di sana, akan ada jurang dan mengambil masa yang lama untuk mengisi jurang itu cumanya tahun ini kita ada Damok dalam Moto3 dan tiga pelumba tempatan lain bersaing dalam Moto2 jadi kita harap dapat tarik lebih ramai penonton untuk menyokong pelumba Malaysia," katanya.
Awal bulan ini, penaja utama GP Malaysia, Petronas mengumumkan tiga pelumba tempatan iaitu Khairul Idham Pawi atau lebih mesra disapa Super Kip, Kasma Daniel Kasmayuddin dan Azroy Hakeem Anuar masing-masing diberikan tiket 'wild card' untuk bersaing dalam kelas Moto2.
Sementara itu, Azhan Shafriman berkata SIC akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan tahap keselamatan sepanjang GP Malaysia berlangsung kekal berada pada tahap optimum bagi mengelak insiden kecurian komponen dan barangan pasukan berlaku seperti pada edisi 2019.
"Dari segi penambahbaikan kita telah pasang lebih kurang 65 CCTV (kamera litar tertutup) dekat paddock bagi memastikan kejadian ini tidak berlaku lagi," katanya.
Antara paling terkesan dengan insiden itu ialah pasukan Angel Nieto Team, yang menyaksikan beberapa alat ganti seperti tayar depan, set lengkap penyerap hentak dan brek bagi jentera kelas Moto2 dan Moto3 dicuri.
GP Malaysia 2020 dan 2021 telah dibatalkan kerana pandemik COVID-19 global dan sekatan berkaitannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai. - Bernama
Tebing runtuh di perumahan mewah Cyberjaya, PBT diarah segera baik pulih
Majlis Perbandaran Sepang diarah menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan mewah Cassia Garden Residence di Cyberjaya.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
Rasuah: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura kembali ke tanah air
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran sudah kembali semula ke tanah air dan turut menyerahkan pasport miliknya.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas
Max Verstappen merangkul kemenangan ke-18 musim ini ketika dia dikenakan penalti lima saat untuk mengungguli Grand Prix (GP) Las Vegas.
MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!
Persediaan lebih awal yang dilakukan, disokong sambutan hangat peminat, menyaksikan edisi kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya.
Pengunjung diminta patuh peraturan keselamatan sepanjang GP Malaysia 2023
Pengunjung perlumbaan GP Malaysia 2023 di SIC yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis dan penganjur acara berkenaan.
Pelumba F1 bimbang terhadap kenaikan kadar denda oleh FIA
Lewis Hamilton serta seluruh pelumba Formula 1 boleh dikenakan denda sehingga 1 juta euro berikutan perubahan drastik terhadap peraturan sukan itu.
F1: Hamilton beri komitmen kepada Mercedes sehingga 2025
Dijangkakan bahawa perjanjian baharu itu akan memperoleh Hamilton dalam lingkungan GBP50 juta setahun.
Brad Pitt tampil di Grand Prix Britain dengan sut lumba
Pelakon Brad Pitt mengejutkan dunia sukan permotoran apabila dirakam memakai sut lengkap pelumba di Litar Silverstone pada Ahad menjelang Grand Prix Britain.
F1: Hamilton di tempat ke-15 dalam sesi latihan, dominasi Verstappen berterusan
Lewis Hamilton hanya menduduki tempat ke-15 dalam sesi latihan pada hari yang membimbangkan untuk pasukan kegemaran tuan rumah di Grand Prix Britain.